KELAS USANG
USANG HANYA PADA NAMA, INFO BAHASA MELAYU YANG UTAMA, SEGALA ILMU DISINI ADALAH PERCUMA, MARILAH MENGHAYATINYA BERSAMA-SAMA.
Monday, 10 December 2012
SAJAK
Sajak: Kain Buruk Ayah
Kain buruk ayah kalau tiada segala
buat menjadi payah jangan sekali-kali diserah
nanti hati ayah jadi parah
Ke danau buat basahan
kalau di kepala jadi lilitan
berteleku di surau menyembah Tuhan
dingin malam menyelimuti badan
Jangan diserah kain buruk ayah itu
biar rabak, putus benang beribu
biar renyuk, kedut berdebu
tiada sehari hati ayah jadi sebu
Kain buruk ayahku
kusam dan masam berbau
hari-hari dibasuh ibu
kasih mereka menjadi jitu
Kain buruk ayah kini tiada
sejak ayah emak pergi berdua
kurang sejengkal masih tinggal di beranda
kekal di situ menjadi tanda
Nukilan:
Muzamir
Hulu Kelang, Selangor
SUMBER: http://penyair.wordpress.com/
Saturday, 8 December 2012
DIALOG JENAKA
HANYA UNTUK MEREHATKAN MINDA.. MOGA TERHIBUR
Lawak 1:
Dalam sebuah kelas tabika, di sebuah kawasan perumahan…..
Cikgu: Apa khabar murid-murid? Apa khabar 1Malaysia?
Murid-murid: Baikkkkkk, cikgu.
Cikgu: Semua puasa hari ini? Angkat tangan siapa yang puasa!
Ali: Cikgu, saya cikgu….. saya tak pernah tinggal puasa cikgu!
Cikgu: Bagus, bagus, inilah baru murid cikgu. Walaupun masih kecil, tapi sanggup berlapar dan berdahaga. Murid-murid lain patut malu pada Ali.Semua murid berikan tepukan kuat kepada Ali. Ali cikgu nak tanya, awak niat puasa macam mana?
Ali: (Dengan bangganya), SAHAJA AKU BERPUASA RAMADAN ESOK HARI DUA RAKAAT MENGKUT IMAM KERANA ALLAH TAALA!!!!!!!
Cikgu dan murid lain: Terdiam, tak kata apa-apa!!!!
Lawak 2:
Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid2nya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.
Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.
Murid: Tapi cikgu, hadiah macam mana?
Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..
Murid2: Ohh…. begitu..
Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah….. macam2 ada. Tersenyum lebar cikgu.
Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!
Mamat: Usung hadiah cikgu…. tu ada kat luar kelas.
Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????
Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)
Cikgu: Ayah Mamat kerja apa?
Murid2: PENGGALI KUBUUUUR cikgu.
Cikgu: Patutlah.
Lawak 1:
Dalam sebuah kelas tabika, di sebuah kawasan perumahan…..
Cikgu: Apa khabar murid-murid? Apa khabar 1Malaysia?
Murid-murid: Baikkkkkk, cikgu.
Cikgu: Semua puasa hari ini? Angkat tangan siapa yang puasa!
Ali: Cikgu, saya cikgu….. saya tak pernah tinggal puasa cikgu!
Cikgu: Bagus, bagus, inilah baru murid cikgu. Walaupun masih kecil, tapi sanggup berlapar dan berdahaga. Murid-murid lain patut malu pada Ali.Semua murid berikan tepukan kuat kepada Ali. Ali cikgu nak tanya, awak niat puasa macam mana?
Ali: (Dengan bangganya), SAHAJA AKU BERPUASA RAMADAN ESOK HARI DUA RAKAAT MENGKUT IMAM KERANA ALLAH TAALA!!!!!!!
Cikgu dan murid lain: Terdiam, tak kata apa-apa!!!!
Lawak 2:
Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid2nya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.
Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.
Murid: Tapi cikgu, hadiah macam mana?
Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..
Murid2: Ohh…. begitu..
Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah….. macam2 ada. Tersenyum lebar cikgu.
Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!
Mamat: Usung hadiah cikgu…. tu ada kat luar kelas.
Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????
Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)
Cikgu: Ayah Mamat kerja apa?
Murid2: PENGGALI KUBUUUUR cikgu.
Cikgu: Patutlah.
Thursday, 6 December 2012
BAGAIMANA MEMBINA KEYAKINAN DIRI
Sebagai manusia kita mudah hilang keyakinan diri, lebih-lebih lagi jika kita merasakan keadaan sekeliling dan persekitaran memberikan tekanan kepada kita, orang yang diharapkan memberi sokongan moral berbuat khianat atau menikam dari belakang, atau seringkali mendapat kritikan atau kutukan daripada rakan-rakan, dan sebagainya.
Orang lain tidak boleh mengubah kita, kita sendiri yang perlu mengubah diri sendiri sekiranya kita ingin berubah kepada yang lebih baik. Jangan harapkan orang lain memotivasikan kita, kita sendiri yang harus memotivasikan diri sendiri, mesti timbul dari keinginan dalaman sendiri. Mungkin luaran hanya sebagai pencetus tetapi yang melaksanakan adalah kita sendiri, jika mahu betul-betul berubah.
Keyakinan diri seseorang itu mudah diketahui apabila ia mula membuka mulut. Daripada percakapan, sikap, ketahanan minda dan emosi kita, orang boleh menilai sejauh mana keyakinan diri kita. 6 cara boleh diamalkan bagi melonjakkan keyakinan diri dan seterusnya menaikkan harga diri atau dengan kata lain maruah diri, iaitu:
1. Tingkatkan semangat dan harga diri. Ini boleh dimulakan dengan menilai diri (muhasabah diri) dari segi kebolehan, kelemahan, kekurangan, kekuatan secara jujur. Akui kekurangan dan kelemahan diri dan cari jalan untuk memperbaikinya. Mulakan dengan mendisiplinkan diri dan buang jauh-jauh pemikiran atau lintasan hati yang negatif. Percaya kepada kebolehan diri sendiri.
2. Atasi perasaan malu yang kena pada tempatnya. Malu melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan maksiat, tapi tak harus malu membuat perkara-perkara yang baik dan kebajikan. Tunjukkan semangat yang kuat, kental, optimis bukannya pesimis. Anggaplah manusia lain pun serupa macam kita, tiada manusia yang sempurna tanpa cacat celanya. Berani bercakap dan memberi pendapat dapat meingkatkan keyakinan diri.
3. Jangan takut mencuba sesuatu, buat saja apa yang difikirkan baik dan bermanfaat, jangan terlalu memikirkan atau terpengaruh dengan kata-kata orang yang pesimis di sekeliling kita. Jangan fikirkan kegagalan awal-awal lagi sebelum mencubanya kerana gelombang negatif ini akan mempengaruhi kita. Libatkan diri dengan aktivit-aktiviti positif yang boleh menambahkan kemahiran kerja berpasukan dan kepemimpinan. Percayakan diri sendiri mampu melakukan sesuatu yang dirancang dalam apa keadaan sekalipun.
4. Berpakaian seperti orang berjaya. Berpakaian yang sesuai mengikut tempat dan keadaan dapat secara langsung dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri untuk menuju kejayaan. Pakailah pakaian yang sesuai supaya tidak kelihatan janggal, yang boleh menimbulkan rasa malu dan rendah diri yang mana akhirnya akan mengurangkan rasa yakin dalam diri.
5. Tanamkan rasa kebergantungan kepada Allah SWT sepenuhnya, kita hanya perlukan pertolongan Allah SWT walaupun tiada manusia yang membantu kita. Dengan itu rasa keyakinan diri akan melonjak, sebab kita sentiasa berasa dalam pertolongan Allah SWT.
6. Sentiasa mencari dan menambah ilmu dan maklumat terkini supaya pengetahuan am, selain pengetahuan dalam bidang masing-masing, tidak ketinggalan zaman dan diketawakan orang. Dengan ilmu pengetahuan yang luas sudah tentu kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Wednesday, 5 December 2012
PERKATAAN 'WALAUPUN'
Perkataan walaupun ialah sejenis kata hubung yang menyatakan perlawanan atau pertentangan. Perkataan yang setara penggunaannya ialah sungguhpun dan meskipun.
Ayat contoh:
• Walaupun badannya gemuk, dia boleh berlari dengan pantas.
• Walaupun sudah keletihan, dia terus bertanding sehingga selesai.
• Datuk tetap bersenam dan beriadah, walaupun usianya sudah lanjut.
• Dia tetap menduduki peperiksaan, walaupun badannya uzur.
Penggunaan walaupun tidak boleh diikuti dengan tetapi.
• Walaupun hidupnya susah tetapi dia tetap ceria. (salah)
• Walaupun hidupnya susah, dia tetap ceria. (betul)
• Walaupun sudah senja tetapi mereka terus bermain bola. (salah)
• Walaupun sudah senja, mereka terus bermain bola. (betul)
Walaupun Ahmad suka tidur, keputusan peperiksaannya tetap meningkat. |
Tuesday, 4 December 2012
PENGGUNAAN 'KAMI' DAN 'KITA'
Kami dan Kita ialah kata ganti (diri pertama, jamak). Kedua-duanya tidak boleh digunakan untuk merujuk individu.
Contoh:
• Salmah (kita) sedang bermain boneka. (salah)
• Salmah (saya / dia) sedang bermain boneka. (betul)
Kami dan Kita biasanya merujuk kepada sekumpulan orang. Kami selalunya merujuk kepada orang yang bercakap dan mewakili temannya (tidak termasuk orang yang diajak bercakap).
Contoh:
• Salim berkata kepada gurunya, "Kami telah menonton filem dokumentasi itu." (tidak termasuk gurunya)
• Ahmad berkata kepada kakaknya, "Saya dan Azad kawan baik. Kami pergi ke sekolah bersama-sama.”
Kita pula merujuk kepada orang yang bercakap dan orang yang diajak bercakap.
Contoh:
• Kita patutlah menjaga kebersihan sekolah.
• Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mencintainya.
Monday, 3 December 2012
KOLEKSI TEKA TEKI
- Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
- Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
- Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
- Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
- Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
- Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
- Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
- Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?
- Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
- Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
JAWAPAN:
- BASAH
- TELUR
- KUIH DONAT
- PENGAIL YANG DAPAT IKAN
- AYAM JADI BANYAK
- TAPAK KAKI SENDIRI
- GASING
- GELARAN DATO
- SELUAR PANJANG
- BATANG HIDUNG
kredit to: http://kondakondi.com/50-koleksi-teka-teki-untuk-anda/
PUISI
PUISI MELAYU
Banyak daripada puisi Melayu tergolong dalam genre tradisional yang muncul dalam zaman sebelum berkembangnya tradisi tulisan pencetakan. Puisi dalam Bahasa Melayu larut dalam jiwa masyarakat Melayu tidak hanya sebagai satu hasil kesenian, tetapi juga mengjangkau alam mistik, berperanan sebagai wadah pemeliharaan adat, pembinaan sahsiah, pengajaran agama, pengajaran ilmu pengasih, pertahanan, hiburan, dan kepercayaan.
Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar sejarah mula perkembangan puisi Melayu tradisional. Berdasarkan kajian oleh ramai sarjana, dapat dikatakan perkembangan puisi Melayu tradisional telah bermula secara bersama dan sezaman dengan perkembangan prosa Melayu tradisional. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran banyak genre puisi tradisional dalam karya hikayat dan cerita-cerita rakyat.
Puisi Melayu termasuk dalam golongan karya kesusasteraan bentuk bukan cerita (non-naratif). Pengkelasan puisi Melayu boleh dibuat berdasarkan bentuk, isi/tema, dan fungsi. Berdasarkan kepada pengkelasan ini, jenis-jenis puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua belas iaitu pantun, syair, gurindam, nazam, seloka, teka teki, peribahasa berangkap, teromba, talibun (sesomba), prosa berirama (prosa lirik), dan dikir (zikir)
Puisi pada hakikatnya adalah satu pernyataan perasaan dan pandangan hidup seorang penyair yang memandang sesuatu peristiwa alam dengan ketajaman perasaannya. Perasaan yang tajam inilah yang menggetar rasa hatinya, yang menimbulkan semacam gerak dalam daya rasanya. Lalu ketajaman tanggapan ini berpadu dengan sikap hidupnya mengalir melalui bahasa, menjadilah ia sebuah puisi, satu pengucapan seorang penyair.(Abdul Samad bin Muhammad Said).
CONTOH PUISI
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "
NUKILAN
Usman Awang
Subscribe to:
Posts (Atom)