USANG HANYA PADA NAMA, INFO BAHASA MELAYU YANG UTAMA, SEGALA ILMU DISINI ADALAH PERCUMA, MARILAH MENGHAYATINYA BERSAMA-SAMA.
Wednesday, 31 October 2012
JENIS-JENIS AYAT DALAM BAHASA MELAYU
Ayat Penyata.
Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan.
Ayat contoh:
1) Mereka berkumpul di padang sekolah.
2) Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu
3) Bangunan sekolah sudah tua.
4) Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.
Ayat perintah.
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Ayat contoh:
1) Berdiri di atas kerusi itu.
2) Ikat tali kasut anda dengan betul.
3) Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
4) Tolong angkat baju itu.
5) Mengucaplah banyak-banyak.
6) Sila jamu selera.
7) Syukurlah kamu sudah kembali.
8) Harap-harap hari tidak hujan.
Ayat Seruan.
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )
Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Ayat contoh:
1) Amboi, cantiknya baju kamu!
2) Aduh, sakitnya perut aku!
3) Oh, dia sudah pergi ke sekolah !
Ayat tanya
Digunakan untuk bertanya atau menyoal.
Ayat contoh:
1) Tetamu sudah tib
2) Buah itu sudah masak?
3) Mereka hendak menolong kita?
4) Sudah tibakah tetamu?
5) Sudah masakkah buah itu?
6) Hendak menolong kitakah mereka?
Ayat Majmuk.
Ayat Majmuk adalah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
Ayat contoh :
A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )
Monday, 22 October 2012
SINONIM & ANTONIM
SINONIM DAN ANTONIM
1. Perkataan – edar
Sinonim – keliling
Antonim – tetap
2. Perkataan – elit
Sinonim – kenamaan
Antonim –bawahan
3. Perkataan – elok
Sinonim – bagus
Antonim - buruk
4. Perkataan – emak
Sinonim – ibu
Antonim –bapa
5. Perkataan – empuk
Sinonim – lembut
Antonim –keras
6. Perkataan – endah
Sinonim – acuh
Antonim –benci
7. Perkataan – enggan
Sinonim – malas
Antonim –setuju
8. Perkataan – engkau
Sinonim – anda
Antonim –aku
9. Perkataan – esa
Sinonim – satu
Antonim –banyak
10. Perkataan – esak
Sinonim – sedu-sedan
Antonim –ketawa
Saturday, 20 October 2012
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU TAHUN 4
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 4
Tarikh : 16 Mei 2011
Masa : 60 minit
Bilangan Murid : 15 orang
Tema : Minggu Kokurikulum
Tajuk : Pertunjukan Seni Mempertahankan Diri
Hasil Pembelajaran
Fokus Utama (Kemahiran Menulis)
8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas
Aras 2(i) Menulis ayat dengan tulisan berangkai yang kemas dan cantik
Fokus Sampingan (Kemahiran membaca, bertutur dan Mendengar)
7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.
Aras 1 Membuat andaian tentang sesuatu perkara yang tersirat berdasarkan maklumat yang tersurat
2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.
Aras 2 (i)Mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara.
Objektif pembelajaran: Pada akhir pelajaran murid-murid dapat:
1) Menulis lima ayat huraian dengan tulisan berangkai berdasarkan teks dengan betul.
2) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik
3) Menyatakan lima maklumat penting berdasarkan pengumuman yang dibaca
Strategi Pengajaran : 1.Koperatif – Kerja berkumpulan
2.Direktif - Penerangan
Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca, menulis
Sistem Bahasa : Ayat huraian, Kosa kata
Pengisian Kurikulum : Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik Kewarganegaraan
Kemahiran Bernilai Tambah(KBT)
1. Kemahiran Berfikir:- Menjana idea, merumus, Membanding beza
2 .Kecerdasan Pelbagai- Interpersonal, verbal linguistik, Interpersonal,
Intrapersonal
Nilai: Bekerjasama, berusaha, rajin, patuh
Pengetahuan Sedia Ada : Murid- murid sudah mengetahui cara menulis tulisan berangkai dan mengetahui cara menulis ayat huraian dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar : Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4, Video, slaid, kad manila, kad
ayat .
Langkah
|
Isi Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Nota
| |
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
| |||
Set induksi
(5 minit)
|
Aktiviti Kokurikulum
|
1. Guru bersoaljawab dengan murid tentang pelajaran yang lepas.
2. Guru meminta murid menyebut aktiviti-aktiviti kokurikulum yang terdapatdi sekolah.
Contoh : Kelab Olahraga, Silat,
|
1.Murid memberi idea berkaitan aktiviti kokurikulum.
2.Murid memberi dan menamakan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah
|
Strategi/Teknik:
Penerangan
Konstektual
BBM:Slaid, Tayangan video
Nilai: Tolenrasi
KBT:
Kecerdasan pelbagai:
1. Verbal linguistik
KBKK: Mengeluarkan idea
|
Langkah 1(15minit)
|
Pertunjukan Seni Mempertahankan Diri –Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 halaman 50
|
1.Guru mempamerkan gambar seni mempertahankan diri menggunakan slaid dan berbincang tentangnya.
2. Murid diminta membaca notis dalam buku teks secara senyap
3. Guru meminta beberapa murid ke depan untuk menghebahkan notis yang telah dibaca.
4. Guru menyuruh semua murid membaca secara kuat notis yang dihebahkan tadi
5. Guru memberi penerangan tentang isi notis yang dipelajari
|
1. Murid memerhati gambar Seni mempertahankan diri yang ditunjukkan oleh guru.
2. Murid membaca notis secara senyap.
3. Murid tampil ke hadapan kelas menghebahkan maklumat dalam notis yang dibaca.
4. Murid –murid membaca semula notis yang dimaksudkan,
5. Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.
|
Strategi/Teknik:
Penerangan secara Kelas, Koperatif
BBM: Gambar(Powerpoint)
Buku Teks
Nilai: Bekerjasama
KBT:
Belajar cara Belajar
Kecerdasan pelbagai:
1. Verbal linguistik
KBKK: Mengeluarkan idea
Nilai: Berani
|
Langkah 2
(20 minit)
|
Tulisan Berangkai
Pembentangan Kerja Kumpulan
|
1. Guru meminta murid menulis notis yang dibaca dengan tulisan berangkai secara berkumpulan.
2. Guru mengedarkan kad manila kepada murid .
3. Guru meminta murid membentangkan hasil penulisan di hadapan kelas.
4. Guru meminta murid menyalin pengumuman tadi dengan tulisan berangkai ke dalam buku masing-masing.
|
1.Murid menulis notis yang dibaca dengan tulisan berangkai secara berkumpulan.
2. Murid menulis jawapan pada kad manila yang diberi guru.
3. Murid membentangkan hasil penulisan di hadapan kelas.
4. Murid menyalin pengumuman tadi dengan tulisan berangkai ke dalam buku masing-masing.
|
Strategi/Teknik:
Penerangan secara Kelas, Koperatif
BBM: kad manila
Buku Teks,
Nilai: Bekerjasama
KBT:
Belajar cara Belajar
Kecerdasan pelbagai:
1. Verbal linguistik
KBKK: Mengeluarkan idea
Nilai: Berani
|
Langkah 3
(15 minit)
|
Membina ayat dengan tulisan berangkai
|
1.Guru menerangkan dan memberikan contoh ayat berangkai kepada murid.
2. Guru meminta murid membina ayat huraian berdasarkan notis dengan tulisan berangkai.
3. Guru meminta beberapa orang murid membacakan hasil penulisan mereka kepada rakan-rakan yang lain.
|
1.Murid mendengar penenerangan guru.
2. Murid membina lima ayat huraian berdasarkan notis dengan tulisan berangkai ke dalam buku tulis masing-masing.
3. Beberapa orang murid membacakan hasil penulisan mereka kepada murid lain.
|
Strategi/Teknik:
Penerangan secara Kelas,
BBM: kad manila
Buku Teks,
Nilai: Bekerjasama
KBT:
Belajar cara Belajar
Kecerdasan pelbagai:
1. Verbal linguistic
2. Intrapersonal
KBKK: menjana idea
Nilai: Rajin
|
Penutup
(5minit)
|
Teguran dan Nilai murni
|
1. Guru merumus isi pelajaran dengan memberi tegasan serta teguran tentang tulisan yang kemas dan kesalahan ejaan.
2. Guru memuji hasil kerja murid yang baik dan berkualiti,
3.Guru bersoaljawab tentang kebaikan menyertai kegiatan kokurikulum dan kepentingan menghargai masa dan menggunakan masa lapang dengan bijak.
|
1. Murid mendengar dengan teliti teguran dan tegasan murid tentang tulisan dan ejaan.
2.Murid menerima pujian dengan ikhlas dan berusaha membaiki kelemahan.
3. Murid menyatakan kebaikan menyertai kokurikulum dan menyedari cara menggunakan masa lapang dengan berfaedah
.
|
Strategi/Teknik:
Penerangan secara Kelas,
BBM: Buku Teks,
Nilai: rajin, patuh
KBT:
Belajar cara Belajar
Kecerdasan pelbagai:
1. Verbal linguistic
2. Intrapersonal
KBKK: menjana idea
|
Sebelum P & P
Sebelum mengajar, rancangan saya selepas mengajar kefahaman dan teks pada hari pertama iaitu Isnin, saya akan mengajar kemahiran menulis dan diselitkan dengan pengajaran tatabahasa. Bagi saya, (saya rasa guru bahasa yang lain pun buat perkara yang sama), tatabahasa memang sepatutnya diajar setiap hari walaupun cuma memasukkan satu tajuk kecil kemahiran berbahasa. Kemahiran menulis tulisan berangkai jarang diajar kerana saya lebih fokus kepada kemahiran memperluaskan binaan ayat. Tapi kali ini saya rasa, pelajar saya akan berminat mempelajari teknik menulis tulisan berangkai. Kemahiran menulis tulisan berangkai kali ini adalah kesinambungan daripada kemahiran yang pernah dipelajari semasa di kelas-kelas sebelum ini.
Semasa P & P
Bahan bantu mengajar saya amat konvensional. Saya lebih banyak menggunakan papan kapur. Setiap kali menunjukkan contoh dan menegur kesilapan murid, saya banyak bergantung kepada papan tulis. Ada juga contoh yang sudah dipamirkan dengan menggunakan kertas sebak. Pelajar lupa bagaimana menulis tulisan berangkai dengan betul. Para pelajar lupa teknik menyambung setiap huruf dengan betul.
Kelemahan P & P
Kelemahan saya amat ketara kerana saya lebih banyak menyuruh murid membaca walaupun kemahiran fokus saya ialah menulis. Dari aspek penyediaan soalan latihan, saya hanya meminta murid membina ayat dalam bentuk tulisan berangkai sahaja seolah-olah saya tidak mengembangkan kemahiran KBKK murid-murid dan tidak menyediakan latihan susulan yang lain. Aktiviti berkumpulan yang saya sediakan kurang mencabar kerana saya hanya meminta murid menyalin semula. Walaupun aktiviti berkumpulan dijalankan, namun hanya segelintir sahaja yang aktif melibatkan diri.
Kekuatan P & P
Secara keseluruhannya, pengajaran saya dapat diikuti oleh murid kerana saya menggunakan arahan yang mudah. Murid faham dan dapat melakukan setiap aktiviti dalam langkah-langkah pengajaran yang disediakan. Murid diterangkan tentang petikan notis jadi murid akan dapat membezakan petikan teks bacaan biasa dengan petikan notis.
Tindakan susulan/Penambahbaikan
Untuk penambahbaikan saya akan cuba mempelbagaikan latihan terutama yang berfokus dengan kosa kata iaitu murid akan mengisi tempat kosong dan menyalin ayat-ayat soalan menggunakan tulisan berangkai (agar tidak lari daripada kemahiran yang hendak diajar)
Contoh Latihan:
1. Salin ayat-ayat berikut dalam bentuk tulisan berangkai dan isikan tempat kosong dengan
perkataan yang sesuai.
2. Bina sebuah karangan dengan menggunakan tulisan sepanjang 80 patah perkataan.
3. Bina empat rangkap pantun 4 kerat dengan menggunakan tulisan berangkai.
Dari aspek pedagogi, saya akan merancang pengajaran dan latihan yang berkesan kepada murid dengan berpandukan aras kecerdasan murid di dalam kelas.
SUMBER: http://hasmah042790.blogspot.com/p/bahasa-melayu-tahun-4.html
Penulisan : Surat Kiriman Rasmi
1.
|
Surat kiriman rasmi lazimnya ditulis untuk tujuan rasmi.
| |
2.
|
Contoh surat kiriman rasmi:
| |
a.
|
surat aduan
| |
b.
|
surat permohonan
| |
c.
|
surat jemputan
| |
d.
|
surat pesanan barang
| |
e.
|
surat rayuan
| |
3.
|
Surat kiriman rasmi mempunyai suatu format khusus yang mesti dipatuhi.
| |
4.
|
Format surat kiriman rasmi adalah seperti yang berikut:
| |
a.
|
alamat pengirim – ditulis di sudut atas sebelah kiri surat
| |
b.
|
garis panjang melintang – dibuat di bawah alamat pengirim
| |
c.
|
nama, jawatan, dan alamat penerima – ditulis di bawah garis melintang dan sejajar dengan alamat pengirim (baris akhir alamat penerima dibubuh garis)
| |
d.
|
tarikh – ditulis di sebelah kanan surat , iaitu sebaris dengan baris akhir alamat penerima. (nama bulan ditulis dengan huruf besar dan diakhiri tanda noktah)
| |
e.
|
panggilan hormat penerima – misalnya Tuan, Yang Berhormat, Tan Sri dan sebagainya
| |
f.
|
Perkara – ditulis di tepi dan digarisi. Huruf besar digunakan pada setiap awal kata
| |
g.
|
Perenggan – perenggan pertama dan terakhir dimulakan di tepi surat dan tidak perlu ditulis nombor. Pernggan kedua dan seterusnya diberikan nombor
| |
h.
|
Pengakuan penulis – ditulis selepas perenggan terakhir dan dibubuh koma
| |
i.
|
Tanda tangan – ditulis di sudut kiri bahagian bawah surat selepas pengakuan penulis
| |
j.
|
Nama pengirim – ditulis sepenuhnya dengan huruf besar di dalam kurungan
SUMBER: http://www.tutor.com.my
|
Monday, 15 October 2012
Tatabahasa : Kata Nama Am dan Khas
Kata Nama
1.Kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang, binatang, benda, tempat dan sebagainya.
2.Kata nama terbahagi kepada:
a.kata nama am
b.kata nama khas
c.kata ganti nama
Kata Nama Am
Menyatakan manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh-tumbuhan atau sebagainya. Ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata itu
Contoh:
doktor , kucing , sabit , kota , rumput dan lain-lain lagi
Kata Nama Khas
Merujuk kepada nama orang, nama binatang, nama tempat, nama bandar, nama negeri, nama judul buku. Ditulis dengan huruf besar di pangkalnya.
Contoh:
Ruzila , Tompok , Petaling Jaya , Sabah , Bandar Baru Uda , Rentung
Friday, 12 October 2012
MARI BELAJAR PERIBAHASA
MAKSUD PERIBAHASA
- Ungkapan atau kata yang tersusun yang mengandungi unsur-unsur nilai murni tentang cara anggota masyarakat berfikir dan bertindak.
- Amat popular pada zaman dahulu dan digunakan orang untuk tujuan mendidik dan menyampaikan teladan secara halus dan simbolik.
- Terdapat 4 jenis peribahasa:-
- Simpulan bahasa iaitu terdiri daripada 2 patah perkataan tersusun yang membawa maksud tertentu
- Perumpamaan ialah rangkaian kata yang dimulai dengan kata umpama, seperti, bagai, laksana, dan bak
- Bidalan ialah susunan kata menarik yang jelas maksudnya dan tidak ada maksud terselindung atau tersirat
- Pepatah ialah kalimat yang bersifat ringkas, disusun berangkap dan terdapat pengulangan kata
CONTOH PERIBAHASA
SIMPULAN BAHASA
- kambing hitam > orang yang dipersalahkan.
- kucing bertanduk > perkara yang tidak akan berlaku
- tumbuk rusuk > menerima rasuah.
- patah kandar > hilang tempat bergantung.
- ambil angin > bersiar-siar.
- ayam tambatan > orang harapan.
- batu loncatan > sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan yang lain.
- bergolok bergadai > berhabis-habisan (berbelanja).
- bunga dedap > perempuan cantik tetapi tidak berbudi bahasa
- seperti hujan jatuh ke pasir > nasihat yang tidak dihargai / pekerjaan yang sia-sia.
- seperti gagak pulang ke benua > jauh berjalan tapi ilmu tidak bertambah.
- umpama air digenggam tak tiris > sangat kedekut.
- ibarat dakwat dengan kertas > tidak dapat dipisahkan.
- ibarat mencangkul angin > angan-angan yang tidak disertai dengan usaha.
- laksana pohon kayu tidak berbuah > orang yang berilmu tetapi tidak digunakan.
- laksana ikan dituba > tidak bermaya / hampir mati.
- laksana taji dibentuk > kening yang amat cantik.
BIDALAN
- ada sampan hendak berenang > sengaja menyusahkan diri.
- belum duduk sudah berlunjur > melakukan sesuatu pekerjaan tidak mengikut peraturan, akhirnya diri yang susah.
- burung terbang dipipiskan lada > sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.
- darah setampuk pinang > tiada pengalaman.
- diam penggali berkarat > ilmu yang disimpan saja, lama-lama akan hilang juga.
- gajah mati kerana gadingnya > mendapat kecelakaan daripada kelebihannya.
- menarik rambut di dalam tepung > bersikap bijaksana dalam menyelesaikan masalah.
PEPATAH
- ayam terlepas, tangan bau tahi > mencari keuntungan tapi menanggung kerugian atau malu.
- ditelan mati emak, diluahkan mati bapa > serba salah hendak membuat keputusan.
- enggan seribu kata, mau sepatah kata > jika tidak bersetuju banyaklah alasannya.
- jauh bau bunga, dekat bau tahi > apabila jauh selalu terkenang tapi apabila dekat selalu bertengkar.
- rosak bawang ditimpa jambak > malang kerana perbuatan sendiri.
- ujung lurus, pangkal berkait > nampak baik tetapi sebenarnya jahat.
Anda boleh menguji pengetahuan peribahasa anda di ruangan Latihan. Selamat mencuba.
SEPANDAI PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA |
Wednesday, 10 October 2012
Tuesday, 9 October 2012
SALAM PENGENALAN
Assalamualaikum buat semua. Blog ini dibina sebagai satu medium ilmu yang menyebarkan maklumat dan ilmu berkaitan matapelajaran Bahasa Melayu sekolah Rendah. Diharapkan segala maklumat yang bakal disampaikan di Blog 'Sinar Bahasaku' ini memberikan impak yang positif kepada semua. Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)