Friday, 12 October 2012

MARI BELAJAR PERIBAHASA


MAKSUD PERIBAHASA

  • Ungkapan atau kata yang tersusun yang mengandungi unsur-unsur nilai murni tentang cara anggota masyarakat berfikir dan bertindak.
  • Amat popular pada zaman dahulu dan digunakan orang untuk tujuan mendidik dan menyampaikan teladan secara halus dan simbolik.
  • Terdapat 4 jenis peribahasa:-
    • Simpulan bahasa iaitu terdiri daripada 2 patah perkataan tersusun yang membawa maksud tertentu
    • Perumpamaan ialah rangkaian kata yang dimulai dengan kata umpama, seperti, bagai, laksana, dan bak 
    • Bidalan ialah susunan kata menarik yang jelas maksudnya dan tidak ada maksud terselindung atau tersirat
    • Pepatah ialah kalimat yang bersifat ringkas, disusun berangkap dan terdapat pengulangan kata
CONTOH PERIBAHASA

SIMPULAN BAHASA
  • kambing hitam > orang yang dipersalahkan.
  • kucing bertanduk > perkara yang tidak akan berlaku
  • tumbuk rusuk > menerima rasuah.
  • patah kandar > hilang tempat bergantung.
  • ambil angin > bersiar-siar.
  • ayam tambatan > orang harapan.
  • batu loncatan > sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan yang lain.
  • bergolok bergadai > berhabis-habisan (berbelanja).
  • bunga dedap > perempuan cantik tetapi tidak berbudi bahasa
PERUMPAMAAN 
  • seperti hujan jatuh ke pasir > nasihat yang tidak dihargai / pekerjaan yang sia-sia.
  • seperti gagak pulang ke benua > jauh berjalan tapi ilmu tidak bertambah.
  • umpama air digenggam tak tiris > sangat kedekut.
  • ibarat dakwat dengan kertas > tidak dapat dipisahkan.
  • ibarat mencangkul angin > angan-angan yang tidak disertai dengan usaha.
  • laksana pohon kayu tidak berbuah > orang yang berilmu tetapi tidak digunakan.
  • laksana ikan dituba > tidak bermaya / hampir mati.
  • laksana taji dibentuk > kening yang amat cantik.
BIDALAN
  • ada sampan hendak berenang > sengaja menyusahkan diri.
  • belum duduk sudah berlunjur > melakukan sesuatu pekerjaan tidak mengikut peraturan, akhirnya diri yang susah.
  • burung terbang dipipiskan lada > sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.
  • darah setampuk pinang > tiada pengalaman.
  • diam penggali berkarat > ilmu yang disimpan saja, lama-lama akan hilang juga.
  • gajah mati kerana gadingnya > mendapat kecelakaan daripada kelebihannya.
  • menarik rambut di dalam tepung > bersikap bijaksana dalam menyelesaikan masalah.

PEPATAH
  • ayam terlepas, tangan bau tahi > mencari keuntungan tapi menanggung kerugian atau malu.
  • ditelan mati emak, diluahkan mati bapa > serba salah hendak membuat keputusan.
  • enggan seribu kata, mau sepatah kata > jika tidak bersetuju banyaklah alasannya.
  • jauh bau bunga, dekat bau tahi > apabila jauh selalu terkenang tapi apabila dekat selalu bertengkar.
  • rosak bawang ditimpa jambak > malang kerana perbuatan sendiri.
  • ujung lurus, pangkal berkait > nampak baik tetapi sebenarnya jahat.

Anda boleh menguji pengetahuan peribahasa anda di ruangan Latihan. Selamat mencuba.


SEPANDAI PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...