Tuesday 4 December 2012

PENGGUNAAN 'KAMI' DAN 'KITA'


Kami dan Kita ialah kata ganti (diri pertama, jamak). Kedua-duanya tidak boleh digunakan untuk merujuk individu.
Contoh:
• Salmah (kita) sedang bermain boneka. (salah)
• Salmah (saya / dia) sedang bermain boneka. (betul)

Kami dan Kita biasanya merujuk kepada sekumpulan orang. Kami selalunya merujuk kepada orang yang bercakap dan mewakili temannya (tidak termasuk orang yang diajak bercakap).
Contoh:
• Salim berkata kepada gurunya, "Kami telah menonton filem dokumentasi itu." (tidak termasuk gurunya)
• Ahmad berkata kepada kakaknya, "Saya dan Azad kawan baik. Kami pergi ke sekolah bersama-sama.”

Kita pula merujuk kepada orang yang bercakap dan orang yang diajak bercakap.
Contoh:
• Kita patutlah menjaga kebersihan sekolah.
• Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mencintainya.


3 comments:

  1. Tahniah... maklumat yang membantu pelajar yang keliru tentang hal ini.... tahniah atas perkongsian yang baik untuk dipelajari..

    ReplyDelete
  2. Penerangan yang ringkas tapi padat dan jelas. Tahniah!

    ReplyDelete
  3. Maklumat ini sangat berguna kepada anak saya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...